24 November 2012
Harini hari yang paling menyedihkan dalam hidup aku . Angah, seorang yang dahulu amat aku kagumi. yelah sekarang dia bergelar doktor, seorang oelajar graduate dari KISAS, sekolah asrama penuh yang orang pandang sangat megah. Setiap peperiksaan dia akan dapat straight A's, orang kata genius lah.
Harini, semua tu lenyap! Dia bagaikan dirasuki syaitan kerana sifatnya yang sangat amarah. Perkara ni berlaku sebelum zohor tadi. Pendek cerita macamni....
Sebelum asar tadi, kami (mama, faiq, aku & angah ) ke Tesco beli barang aku untuk balik ke KMP esok. Disebabkan harini hari sabtu, so takda plastic di keluarkan harini melainkan kena bayar lah. So aku guna handbag aku yang besar untuk shopping. masa time balik aku terlupa yg kunci rumah dalam handbag aku, so mereka kena lah tunggu aku keluarkan kunci dari beg tu. (agak lama sbb aku kena keluarkan barang dalam beg tu dulu, banyak) Sementara tunggu tu, aku pujuklah mama sbb mama bising aku belanja banyak sangat. Tiba-tiba angah mencelah, bising pasal cara aku berbelanja tadi.
Dengan nada biasa, aku jawab
"Oh kita belanja banyak sikit kalini sebab nak kurangkan perbelanjaan kita kat matrik nanti, jimat sikit"
Tiba-tiba angah lempang aku bertubi-tubi! Lebih dari 3 kali. Aku terkejut, sumpah. Kepala aku sakit, pening. Aku teringat kakak ada cerita dulu, angah pernah mengamuk sampai nak baling kerusi kayu dekat kakak. Huh, jantung aku terus berdebar. Bila aku buka mata, aku nampak jiran aku, apak tengah pandang aku. Kepala aku kebas. Mama jerit, suruh aku masuk rumah. Aku tak pandang angah, aku terus bangun. Aku mengucap, aku sangat takut. badan aku bergetar.. Aku tak pernah rasa takut macamni. Mulut aku hanya sebut, astagfirullahal'azim. serious. Tapi bila aku sampai je ruang tamu, aku terasa orang tolak badan aku dgn kasar, dia tampar aku berkali-kali. lebih sakit kalini. Aku di layan macam binatang. Angah jerit,
"Kau ingat aku tak nampak mulut kau terkumat-kamit?!!" Aku rasa macam paranoid.
Angah lempang aku lagi. Aku menangis.
Angah pukul, pukul aku lagi. Angah kata dia dah lama perhatikan aku 2 minggu ni, dah lama dia sabar dengan perangai aku. Aku takuttt. Aku kena lempang lagi. Sakit Ya Allah, sangat sakit. Badan aku, hati aku. Mama datang halang angah. Mama jerit suruh angah berhenti. Tapi angah berdegil. Mama arahkan aku naik bilik. Badan aku bergetar-getar. Aku rasa takut, muka angah bagai di rasuk hantu. Disebabkan aku terlalu takut, bergetar, menggigil. Aku terbawak semua barang yg kami beli naik atas sekali, sayur, ikan semua, jadi barang aku bawa berat. Aku takut sangat, demi Allah. So aku naik tangga agak berbunyi sangat disebabkan muatan yg aku bawa, Aku hanya mampu sebut dalam hati, Ya allah selamatkan aku. Ya Allah selamatkan lah aku, aku merayu!
Angah gertak aku, "Kau kenapa jalan hentak-hentak kaki?! Kau nak cabar aku??"
Aku terkejut dgn suara angah, aku terjerit "YA ALLAH!"
Tiba-tiba aku terdengar angah naik tangga. Angah terjerit-jerit nak dapatkan aku,, aku takut. Subhanallah, aku sumpah takut. Badan aku menggigil. Aku terus lari ke toilet sbb hanya pintu toilet yg terbuka. Dengan izin Allah, aku sempat masuk dan kunci pintu tu. Selepas masuk aku terus terduduk, aku menangis. Andai sampai sini nyawa hambamu ini ya Allah, kau ampunkan lah dosaku ya Allah, ampunkan lah dosaku. Dan kau lindungi lah ibubapa dan keluargaku.
Angah menghentak-hentak pintu tu bagai nak gila. Kuat sangat. Angah paksa aku bukak pintu tu, aku takut. Aku tak terdaya bukak sbb terlalu takut. Aku pandang barang-barang yg aku bawa tadi, aku pandang di seluruh toilet. Aku ternampak satu batang kayu. Aku takut kalau aku bukak, angah akan pukul aku guna batang kayu tu. Org tgh marah, dikawal oleh syaitan, mampu buat apa sahaja diluar kawalannya, jadi aku tak buka pintu. Maafkan aku. Aku terlalu takut.
Aku terdengah angah menjerit, "kau jangan turun eh naz! Aku taknak tengok muka kau. Kau turun siap!"
Aku takut sangat. Kenapa bila esok aku nak balik, aku kena semua ni? Aku menangis nangis, sampai aku tak dengar apa-apa, sunyi dan tiba-tiba, faiq (adik aku) ketuk pintu toilet.
"Kakak, keluarla"
Aku ambil wuduk dan keluar, aku nampak faiq. Aku terus masuk bilik aku. Solat, dan menangis. My heart sinks and the whole world just drops below me. I walked into rooms without even realizing how and why. Hmm, too many emotions caught up in my mind that everything is all blurry and fuzzy. I feel so small and fragile inside my own skin. Lemah, lemah sangat. Collapsible. keep on crying. Why me? Aku fikir, apa aku ada buat perangai tadi? Tak silap aku, aku bukan main jaga hati angah 2 minggu selama aku kat rumah ni. Haritu angah ada ajak pergi teman pergi mahkamah, dia kena angkat sumpah. Dalam masa yg sama, kakak ajak aku shopping (lagi best kan shopping?). Tapi aku pilih angah bila aku tahu angah nampak lonely. Aku nak jaga hati angah, aku nak angah tahu, walaupun hampir satu keluarga ni tak suka perangai angah, angah masih ada adik, ahli keluarga yang masih ada untuk angah. Along, banda (abg ke-2 aku), kakak, semua tak suka perangai angah yg cakap main lepas, panas baran. Faiq? Lagi paranoid, hampir setiap hari kena pukul dgn angah tanpa sebab. Mama? Mama pernah menangis depan aku sbbkan kata-kata yang dilontarkan angah. Tapi kenapa, dan apa aku buat dua minggu ni sampai angah marah gila kat aku? I can't think straight. My own voice is starting to make me sick just by listening to it. I look in the mirror and all I see is the inevitable darkness that looms over the irises of my lifeless eyes. I can feel myself slowly getting smaller and smaller with each passing minute, only time will tell when I will be nothing more than just a tiny speck of light in the sky. A star, a memory.
Tiba-tiba aku terfikir Syafika, kawan sekolah aku. Mama aku nak kenenkan kakak syafika dengan angah. Selepas apa yang terjadi, aku minta maaf, aku takdapat nak bantu angah. Aku taknak keluarga syafika kena mcm aku kena, menyakitkan. Sumpah, saat ni aku jadi paranoid. Muka angah tengah marah bagai menghantui aku, kadang kadang muka angah tgh bergurau masuk kat fikiran aku. Angah bagaikan kena rasuk hantu. Tp nak diikutkan, dekat muka aku pun ada parut yg angah buat aku masa kecik-kecik dulu. Angah tolat pintu sampai muka aku berdarah. Tu kisah dah lama berlalu yg mungkin aku dah maafkan.
Sekarang, aku terasa sangat bencikan angah. Sedih aku bertukar jadi benci, benci yang sangat dalam. Aku cuba elakkan perasaan ni. Dia abang aku, darah daging aku. Tapi dia tak jaga perasaan aku! tak jaga perasaan keluarga aku, mama aku! Satu keluarga dah tak suka angah, aku tak tahu kenapa angah buat kami sekeluarga mcmni. Setiap hari kami harapkan angah berubah sikap, tolonglah. Takpun, kami berharap angah kerja tempat yg jauh-jauh. Berkerja sbagai seorang doktor yang berjaya, aku doakan. Aku kesian dgn mama aku, tah mcm mana mama time aku takda. Faiq, hampir tiap hari dipukulnya. Kalau jadi gila mcm mana? Angah, angah pun dari sekolah agama, dari sekolah rendah sampai menengah. angah dah besar. Berubahlah. Aku mendoakan yg terbaik untuk angah. Insha-Allah.
I've had a pretty rough week, to be honest. It felt like a reaaaally looooooong week because I've had so many things going on...in my head. So many emotions overwhelmed me that I ended up in tears before going to bed. I eat and drink without tasting anything. I'm trying to adapt to things but they changed so abruptly, like a car crash coming on an empty highway. So unexpected